Cari 9 Wanita Dari Daerah Johor, Kemunculan Jejaka Korea Ini Bikin Kecoh Di B5

Walaupun masih baru dan belum mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengacaraan dan peragaan, jejaka comel dari Korea, Dave Yoo yang baru berusia 18 tahun telah membuatkan ramai anak gadis cair. Malah, Dave yang terlibat dalam program variasi travel khusus untuk Johor telah mengundang kekecohan apabila dia muncul di B5 Street Market Johor Bahru selang beberapa hari sebelum hari kemerdekaan.

Kemunculan jejaka ini di pentas utama membuatkan orang Johor terkejut. Lantas, ramai anak gadis berebut-rebut untuk merakamkan foto bersama beliau. Walaupun agak kekok dan masih malu, Dave ternyata terkejut dengan kemesraan orang Malaysia terutama sekali orang Johor walaupun sudah 9 tahun menetap di Kuala Lumpur.

Instagram Dave Yoo


Dalam pada itu, Dave yang menjadi hos utama program anjuran Tourism Johor itu mencari 9 wanita atau gadis untuk dijadikan pasangannya dalam program tersebut. Wanita itu bakal dipilih dan menemaninya untuk melancong di 9 Daerah Johor. Sewaktu jelajah Johor Bahru, wanita bangsa Cina atau lebih glamor digelar kembar Amber FX iaitu Keyin telah dipilih sebagai pasangannya untuk Daerah Johor Bahru.

Aksi bersama pasangan dari Johor Bahru.

Dave tidak meletakkan sebarang syarat untuk menjadi pasangannya. Namun, pihak produksi mahukan wanita yang boleh mewakili daerah Pontian, Kluang, Kota Tinggi, Mersing, Muar, Batu Pahat, Segamat, Kulai dan Tangkak.  Erti kata lain boleh menjadi tour guide untuk Dave ke tempat yang terpilih.

Tersipu malu di pentas B5.

Kepada anda yang berminat menjadi pasangan Dave, anda bolehlah menghubungi pengurus produksi iaitu Norazmil Ismail di talian
016-634 7953 sekarang sama ada whatsaap atau telefon. Siapa tahu, anda juga boleh kembangkan bakat anda ke Korea selepas ini. Malah, seandainya anda mahu Dave hadir ke tempat anda, segala perbincangan boleh dibuat bersama pengurus produksi.

Kongsikan artikel ini