Ramai Betul Oppa Kacak & Noona Seksi Petah English Muncul Di Clubhouse! Hai…

Walaupun masih baru, aplikasi yang dicipta khusus buat pengguna IPhone, Clubhouse semakin popular. Malah, aplikasi ini dikatakan sedang menyerang orang Korea sehinggakan ada yang sentiasa online bagi melepaskan kebosanan dan kerinduan.

Lebih menarik lagi, Clubhouse ini menunjukkan peningkatan yang banyak golongan solo, bosan dan mencari teman hidup muncul untuk mencari jodoh. Sungguhpun aplikasi ini mempunyai pelbagai bahasa, peratus rakyat Korea yang petah berbahasa English juga meningkat.


Malah, ramai anak muda Korea yang bijak berbahasa English telah muncul menonjolkan diri. Lebih mengejutkan lagi, kebanyakan mereka jauh lebih kacak dan cantik berbanding artis Korea. Namun, majoriti mereka tidak menetap di Korea sebaliknya menetap di Amerika Syarikat, Australia, Kanada dan China kerana melanjutkan pelajaran.

Ramai menyangka, kebanyakan mereka adalah orang Korea kacukan Amerika yang biasanya golongan campuran ini lebih banyak didapati dalam golongan artis Korea seperti Eric Nam dan Roy Kim. Selain petah berbahas English, ada juga yang petah berbahasa Mandarin sehingga ramai menyangka mereka berasal dari China.


Paling istimewa, kebanyakan mereka bersikap terbuka dan mahu mempelajari bahasa lain termasuk Malaysia. Bagaimanapun, difahamkan tidak ramai pengguna dari Malaysia memandangkan aplikasi ini masih baru dan khusus buat pengguna IPhone saja.

Namun, Clubhouse dikatakan banyak membantu agensi hiburan di Korea untuk mencari bakat baru yang bijak berbahasa Inggeris. Ini kerana, aplikasi ini seperti telefon yang mana anda boleh bercakap atau menghubungi terus individu berkenaan. Yang penting, Clubhouse dikatakan semakin menular di Korea bukan saja golongan biasa tetapi golongan selebriti terkenal Korea.

Untuk yang berminat mencari kawan Korea yang bijak berbahasa English dan mahu mempelajari budaya asing, anda bolelah berjumpa serta bercakap dengan mereka dengan menggunakan aplikasi ini. Yang penting, gunakanlah ke arah kebaikan bukan memesong.

Kongsikan artikel ini