Covid-19: Genap 60 Tahun Islam Di Korea, Umat Islam Dilarang Solat Aidil Adha

Tidak sama seperti di Malaysia, masyarakat Islam di Korea berpeluang menunaikan solat Aidilfitri secara berjemaah pada 24 Mei 2020 dengan jumlah makmum yang terhad. Bagaimanapun, menjelang sambutan Aidil Adha pada penghujung Julai 2020, masyarakat Islam di Korea menerima nasib yang sama seperti masyarakat Islam di Malaysia yang mana mereka tidak berpeluang menunaikan Solat Hari Raya Korban di Malaysia.

Pengumuman larangan menunaikan solat Aidil Adha telah diumumkan oleh Imam Besar Korea iaitu Abdul Rahman Lee dilaman sosial peribadinya. Malah, pihak Korea Muslim Federation telah mengeluarkan surat rasmi dengan mengumumkan berita tersebut.


Tindakan ini diambil berikutan Korea ketika ini sedang menghadapi gelombang kedua korona Virus yang masih belum dapat dikawal sepenuhnya. Malah, mereka juga mahu menjaga keselamatan rakyat Korea. Surat rasmi tersebut telah dikeluarkan pada 14 Julai 2020.

Suasana Solat Aidil Fitri pada 24 Mei 2020.


Di samping itu, melihat perkembangan Islam di Korea, Imam Abdul Rahman yang sebelum ini merupakan seorang peguam besar Korea menyatakan perkembangan Islam di Korea diibaratkan sama seperti perkembangan Islam di zaman Rasullullah S.A.W. Oleh sebab itu, walaupun Islam telah pun berusia selama 60 tahun di Korea, Imam Abdul Rahman mahu setiap bangsa Korea Islam berfikir ke mana hala tuju umat Islam Korea.


Perkongsian ini telah diwartakan dan dinyatakan Imam Abdul Rahman di laman YouTube dengan menceritakan sejarah dan salah-silah Islam di Korea secara terperinci. Semoga perjuangan warga Korea Islam terus diberkati dan sekarang ini mendapat reaksi positif apabila lebih ramai anak muda Korea telah memeluk Islam secara sukarela.

Kongsikan artikel ini