Doktor Tertua Di Korea, Han Won Ju Mati Di Usia 93 Tahun Kerana Sakit Kronik!

Doktor yang paling lama bertugas di Korea, Han Won Ju yang juga Pengarah Internal Medicine di Magnus Nursing Hospital telah dilaporkan mati pada usia 94 tahun.

Menurut famili doktor ini, mendiang telah mati sebab sakit kronik yang mula meragut nyawanya pada 30 Disember 2020. Han Won Ju telah menjalani rawatan pada 7 Disember 2020 sehingga pertengahan Disember 2020. Dia menjalani rawatan di Asan Medical Center di Seoul Korea Selatan.

Mendapati hidupnya bakal berakhir, dia telah pergi di Magnus Nursing Hospital tempat dia berbakti sebagai doktor pada 23 Disember 2020. Tindakan ini diambil kerana mendiang merasakan dapat tidur dengan tenang di hospital berkenaan. Dia juga mahu menghabiskan sisa hidupnya di hospital itu.

Sepanjang hidupnya, dia dikenali sebagai doktor yang pemurah dengan derma dan lebih mengambil berat terhadap pesakitnya walaupun dia sudah uzur. Mendiang telah dilahirkan pada tahun 1949. Ayanya bernama Han Kyu Sang seorang aktivis dan doktor. Ibunya pula bernama Park Deok Sil seorang doktor dari Universiti Korea. Mendiang adalah graduan Kyungsung Medical Women College dan seorang Predecessor Kyungsung Medical School.

Dia telah belajar di Amerika Syarikat bersama suaminya. Dia membuka hospital selepas pulang dari menuntut dil uar negara dan dianugerahkan sebagai internal medicine specialist. Selepas suaminya mati pada 40 tahun yang lalu, dia menguruskan hospital dan membuka medicial missionary klinik serta melaksanakan kerja-kerja amal.

Dia masih lagi bertugas sebagai doktor pada pertengahan usia 80 tahun di hospital kesayangannya itu dan merawat lebih 10 pesakit setiap hari sebelum mati. Pemergian amat menyedihkan warga Magnus Nursing Hospital yang membesar dengan kehebatan doktor ini.

Kongsikan artikel ini