Budak Genius Matematik Korea Umur 7 Tahun Ajar Matematik Di Youtube!

Amat sukar untuk mengenali kanak-kanak yang sangat berminat dengan subjek matematik. Pun begitu, seorang kanak-kanak berusia 7 tahun dikenal pasti sebagai genius matematik dijumpai di Korea Selatan.

Difahamkan, kanak-kanak ini berjaya menyelesaikan pengiraan matematik untuk orang dewasa dengan mudah. Kanak-kanak yang dimaksudkan adalah Lee Jung Woo, seorang youtuber yang mengendalikan saluran youtube Yudding Jung-woo’s Advanced Mathematics Classroom.


Kanak-kanak ini masih lagi sekolah rendah dan berusia 7 tahun. Namun, bakat dia dalam bidang matematik sangat membanggakan sehingga mengalahkan orang dewasa. Di saluran youtubenya, dia juga telah berkongsi cara untuk menyelesaikan pengiraan matematik untuk pelajar universiti sehingga ke mereka yang di dalam industri pengiraan.

Menariknya, dalam video tersebut, Lee telah menunjukkan skill menyelesaikan matematik dengan menulis di papan putih. Dia tidak mendedahkan teori sebalik menyusun langkah dan cara selesaikan masalah matematik dengan mudah dan pantas.


Kebijaksanaan kanak-kanak ini mendorong orang ramai terutama sekali netizen Korea memanggilnya profesor.


Bakat Lee sebenarnya telah mula dicium pihak stesen TV pada Januari 2019. Dia telah muncul dalam program Yeongjae Excavation Team. Sejak itu, orang Korea kagum dan terpesona dengan kebolehan dia.

Difahamkan waktu itu, Lee masih lagi berusia 5 tahun. Namun, dia mampu menyelesaikan matematik untuk remaja sekolah menengah. Selepas dua tahun, bakatnya semakin bagus dan melangkaui kotak pemikiran masyarakat.

Kebolehan yang ada pada beliau mendorong ramai mahu belajar matematik dengannya terutama yang sebaya dengan Lee. Pada 30 Januari, jumlah pengikutnya sudah bertambah sehingga melebihi 36,500 pengikut.

Kongsikan artikel ini