Ikuti Kelas Cikgu Manis, Kim Ji Yun Mengajar Bahasa Korea Setiap Minggu Di Sini

Atas permintaan yang tinggi terhadap pembelajaran Bahasa Korea, Korea Buzz dengan kerjasama guru profesional dari Korea yang cantik dan baik hati, Kim Ji Yun untuk mengajar anda mendalami Bahasa Korea secara telus.

Ji Yun atau lebih mesra di panggil Ji Yun Ssam mempunyai pengalaman menjadi guru bahasa Korea lebih dari 5 tahun. Selain mengajar bahasa Korea, wanita ini juga mengajar muzik, budaya dan masakan Korea.

Selain mengajar, Ji Yun pernah bekerja dengan syarikat pemasaran Korea. Kemudian, dia mulakan kelas secara peribadi sehingga bertukar menjadi pensyarah di Lexis Korea, dua tahun lalu. Faktor Corona Virus menyebabkan Ji Yun tidak boleh ke akademi dan kini dia dalam proses mencari bahan menarik untuk mengajar bahasa Korea secara dalam talian.

Wajah guru korea sebenar.



Tidak mahu pelajar bosan dengan pembelajaran, Ji Yun akan menggunakan pendekatan baru yang mana menggabungkan budaya Korea dalam teknik pengajaran. Ianya lebih mudah memahami tatabahasa Korea jika ada kemahuan untuk ketahui budaya Korea.

Bermula Jumaat ini, Ji Yun akan mulakan sistem pembelajaran khas untuk pembaca Korea. Beliau akan berkongsi tatabahasa dan ayat berguna dalam bahasa Korea seminggu sekali. Malah, anda juga boleh berinteraksi dengannya secara terus dengan platform yang disediakan Korea Buzz. Diharap kelas bahasa Korea ini dapat merungkai kesangsian anda yang kurang faham tentang bahasa dan budaya.

Kongsikan artikel ini