Kahwin Muda atau Tua? Ini Trend Umur Wajib Bagi Wanita Korea Berkahwin

Majoriti jalan cerita drama Korea menampilkan wanita akan berkahwin di usia muda lebih kurang awal dan akhir 20-an. Bagaimanapun, adakah benar wanita Korea bergelar isteri pada usia yang muda di alam nyata?

Bagi mendapatkan kesahihan tentang isu ini, beberapa wanita Korea telah diwawancara oleh Asian Boss. Rumusan dari kaji selidik itu mendapati umur 32 merupakan usia yang paling banyak menjadi pilihan wanita Korea untuk menamatkan zaman bujang.  



Sebelum era pemodenan, wanita Korea pasti akan berkahwin sebelum usia 30 kerana faktor dan desakan keluarga. Malah, usia pertengahan 30 dikatakan adalah usia yang terlalu lambat untuk berkahwin. Bagaimanapun, segalanya telah berubah yang mana untuk era terkini,  usia 40 barulah dikategorikan usia lambat kahwin bagi wanita Korea.

Dalam pada itu, wanita di Korea masa kini sangat sensitif apabila soalan berkaitan kahwin diajukan kepada mereka. Namun, setengah daripada mereka mengakui konsep kahwin muda lebih kepada generasi tua dan pemikiran yang lapok.


Ia juga terbukti apabila ramai kaum keluarga lebih berfikiran terbuka tentang umur wanita Korea untuk berkahwin. Kebanyakan wanita masa kini lebih dahulu menunaikan seberapa banyak impian sebelum bergelar isteri. Menariknya, ada juga memberitahu wanita kini lebih selesa hidup berdikari dan tidak mahu mengharapkan nafkah dari lelaki saja.