Malaysia Sajat, Korea Ha Ri Soo. Ragam Oppa Samakan Seleb KR+MY Termasuk BTS

Ramai tergelak besar menonton celoteh youtuber Korea, Chili Padi Brothers bersama 3 orang Korea membuat perbandingan antara Selebriti Korea dengan selebriti Malaysia. Paling mendapat perhatian apabila mereka meletakkan usahawan kosmetik terkenal Malaysia, Sajat dengan usahawan transgender Korea bernama Ha Ri Soo.

Sajat & Ha Ri Soo.



Salah seorang daripada lelaki Korea itu telah menyatakan bahawa wajah seperti Sajat banyak kelihatan di Thailand. Dalam pada itu, lebih mendapat perhatian apabila mereka menyataka pandangan dengan menyamakan personaliti Running Man, Lee Kwang Soo dengan Jep Sepahtu. Seorang lagi artis Running Man iaitu Ji Suk Jin pula dibandingkan dengan Zizan Razak.

Kim Jung Kook & Zul Ariffin

Dari perbandingan tersebut, mereka mengatakan Jep Sepahtu kelihatan lebih berusia dari Lee Kwang Soo. Manakala, Zizan pula mempunyai banyak persamaan dengan Ji Suk Jin. Selain itu, wanita Korea yang terlibat teruja apabila melihat perbandingan antara Zul Arifin dan seorang lagi bintang Running Man, Kim Jong Kook. Wanita tersebut merasakan wajah Zul Arifin seperti jejaka barat.

Lee Kwang Soo & Jep Sepahtu



Namun, ramai komen di youtuber mula meroyan apabila dua ahli BTS iaitu V dan Jung Kook disamakan dengan artis Malaysia yang dipilih. V BTS telah disamakan dan dibandingkan dengan pelakon Nazim Othman. Dalam perbandingan tersebut, mereka merasakan Nazim Othman lebih kacak dari V walaupun V atau nama sebenarnya Taehyung pernah dua kali dinobatkan sebagai jejaka paling kacak di dunia.

V BTS & Nazim Othman

Jung Kook pula dibandingkan dengan penyanyi Ismail Izzani. Ismail Izzani turut mendapat pujian apabila dikatakan nampak lebih mudah dari Jung Kook. Apa sekalipun, Korea Buzz merasakan perbandingan ini membuka mata ramai pihak terutama sekali orang Korea yang menyedari Malaysia juga mempunyai ramai artis yang berbakat besar sama seperti artis Korea.

Jung Kook BTS & Ismail Izzani


Pun begitu, Korea Buzz merasakan ada juga perbandingan dan persamaan tersebut tidak wajar kerana ada calon lain lagi dari Malaysia yang boleh dikatakan persis artis Korea yang tersenarai. Apa sekalipun, jika anda mahu tahu lebih tentang pandangan orang Korea tentang artis Malaysia ini, anda bolehlah menonton video tersebut.

Jin Suk Jin & Zizan Razak

Kongsikan artikel ini