Nafi Dikecewakan Oppa, Soo Serius Nak BF Melayu Tapi Intim Dengan Artis Malaysia

Gadis Korea bernama Kim Su Hyun atau Soo Bunny menjadi tular apabila videonya berbahasa Melayu menjadi perhatian netizen lelaki kerana keinginannya yang mahu teman lelaki berbangsa Melayu. Ketularan video tersebut mencetuskan dakwaan setengah pihak bahawa Soo yang juga guru Bahasa Korea telah kecewa dengan lelaki Korea yang menjadi idaman wanita Asia terutama sekali gadis-gadis dari asia tenggara termasuk Malaysia.

Bercerita mengenai video tersebut, Soo yang sebenarnya berkenalan rapat dengan big boss Korea Buzz berasa terkejut dengan sambutan luar biasa terhadap video berkenaan. Bagaimanapun, Soo memberitahu video tersebut dirakam secara spontan dan bukan bertujuan untuk mencari publisiti murahan.

“Sebenarnya kami rakam secara spontan. Kami berjumpa sebab mahu buat video tentang belajar bahasa Korea berdasarkan buku yang saya tulis. Sewaktu kami buat rakaman tentang pertukaran budaya, Rina dan Nawi terkejut saya boleh berbahasa Melayu. Saya belajar Bahasa Melayu dengan kawan dari Malaysia sewaktu saya belajar di Kolej dan sebulan belajar di sekolah bahasa.

“Disebabkan itu, Rina cadang kami rekod video dalam bahasa Melayu. Sebab itulah kami buat. Sejujurnya, saya memang suka orang Malaysia dan salah seorang kawan baik saya yang saya panggil adik lelaki adalah orang Malaysia. Kami pernah berjumpa sewaktu saya transit di KLIA setahun yang lalu,” katanya.

Mengakui memang mengidam mahu teman lelaki berbangsa Melayu, Soo tidak sorok hubungan intim dengan penyanyi Malaysia yang dikenali sewaktu di Korea.


“Sekarang ini saya memang serius nak boyfriend Melayu. Tapi sewaktu saya rakam video tu, saya tidaklah terlalu serius tetapi saya tahu lelaki Malaysia sangat baik hati. Lelaki Melayu yang saya kenal sangat setia. Contohnya kawan saya Garry, Izzu,  Leo dan Nawi. Saya juga berkawan rapat dengan penyanyi dari Malaysia iaitu Cash Farhan. Saya sayang mereka semua.

“Ada kawan Malaysia saya sanggup datang KLIA sewaktu saya transit sekejap. Bukan saja melawat saya, mereka juga memberikan banyak hadiah. Disebabkan video saya tular, Cash Farhan yang juga big boss Big Shot Entertainment nak buat sebuah lagu Melayu untuk saya. Sangat sweet kan? Lagu ini akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

“Oleh itu, idea untuk saya bercinta dengan lelaki Melayu memang tepat sekali. Lelaki Melayu sangat romantik, manis dan baik hati,” jelasnya.


Sementara itu, Soo menolak dakwaan keputusan dia memilih lelaki Melayu kerana kekecewaan dengan lelaki Korea yang dipuja ramai.



“Saya sanggup belajar bahasa Melayu dan saya sendiri dah boleh cakap Melayu. Saya boleh buat ayat ringkas seperti saya suka makan sedap…..tapi saya memang kena belajar lagi. Saya masih lagi di peringkat permulaan. Saya lupa nak kira dalam bahasa Melayu selepas nombor lima.

“Sejujurnya, saya bukanlah kecewa teruk dengan lelaki Korea. Sebaliknya, masih ramai lagi lelaki Korea yang baik hati dan ramai juga yang sebaliknya. Saya rasa semua sama tidak kiralah lelaki Korea atau lelaki dari mana sekalipun. Status kerakyatan bukanlah faktor utama tapi saya lihat banyak orang Malaysia yang manis dan baik hati. Jadi, saya rasa, saya punya peluang tinggi berjumpa lelaki Melayu yang baik hati berbanding di negara lain.

“Saya juga banyak berhubungan dengan lelaki Malaysia berbanding lelaki barat atau lelaki dari China dan Jepun. Saya banyak memori indah dengan lelaki-lelaki dari Malaysia. Saya terima hadiah baju kurung dari Izzu. Saya juga terima kiriman bunga sewaktu hari lahir saya daripada Cash. Oleh itu, saya rasa lelaki Melayu memang comel dan baik hati,” ujarnya.

Adakah Soo sanggup memeluk Islam jika bercinta dengan lelaki Melayu? Ketahui jawapannya dalam artikel selanjut nanti. Eksklusif di Korea Buzz.

Kongsikan artikel ini