Dituduh Gay /Lesbian, Ini 10 Sebab Orang Korea Pilih Jadi Andartu & Bujang Terlajak!

Kerisauan kerajaan Korea terhadap kekurangan rakyat mendorong pihak berkuasa mengadakan kempen istimewa berupa imbuhan wang supaya rakyat Korea berkahwin dan menambah anak. Namun, kempen tersebut masih belum dikategorikan berjaya kerana masih ramai lagi golongan muda masih memilih jalan untuk hidup sendirian.

Lantaran itu, ada pula tuduhan mendakwa bahawa penumbuhan banyak golongan songsang di Korea seperti homoseksual dan lesbian atau lebat tepat LGBTQ antara faktor ramai orang Korea tidak suka berkahwin atau suka hidup membujang sampai tua.

Apa sekalipun, kajian telah dilaksanakan dan keputusan dari kajian itu, Korea Selatan menghadapi dugaan apabila 40% rakyat mereka berumur diantara 20 hingga 30 tahun sudah mula bosan dan tidak mahu lagi menjalinkan hubungan cinta.

Kini, golongan muda Korea yang digelar Generasi Sampo (Literally, ‘Giving Up On Three) dicop sedemikian rupa kerana mereka tidak mahu lagi temu janji , kahwin dan anak. Bagi mengenal pasti punca sebenar mereka lebih suka hidup solo, KOREA BUZZ senarai 10 sebab utama yang mendorong orang Korea jadi andartu dan buang terlajak.

  • Masalah ekonomi
  • Tiada masa untuk temu janji
  • Komitmen kerja yang bertimbun
  • Kos dan komitmen temu janji yang merumitkan
  • Sukar untuk mendapat kerja dan tiada wang simpanan.
  • Sukar untuk mempercayai kerana terlalu ramai golongan pengganas dan pemberontak.
  • Takut dengan apa yang orang katakan di belakang mereka dengan rakan mereka yang ganas.
  • Tiada sikap hormat dan hargai dari pasangan.
  • Memikirkan hubungan cinta membahayakan.
  • Trauma dengan kisah silam dan pengalaman orang lain serta diri sendiri.

Kongsikan artikel ini