Orang Korea Dedah Rahsia Setia Tunggu Anda Untuk Menjalankan 6 Aktiviti Ini!

4 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

 

3. PARAGLIDING

Lokasi: Danyang
http://leisurekr.com/product/danyang-paragliding/

Masa: Setiap Musim (Mempunyai perbezaan tarikan pada setiap musim)

 

 

 

Jika anda peminat program variati Korea seperti 2 Night One Day, anda pasti melihat aktiviti Paragliding yang sering saja dipamerkan dalam program TV Korea. Malah, ramai orang Korea gemar menyertai aktiviti ini untuk menghilangkan tekanan serta menambahkan keyakinan.

 

 

 

Paragliding di Korea telah diiktiraf sebagai tempat ke enam yang terbaik di dunia untuk menjalankan aktiviti berkenaan. Kebiasaannya aktiviti ini diadakan di Danyang iaitu kira-kira 2 jam setengah perjalanan dari bandar Seoul. Danyang bukan saja popular dengan Paragliding, ia juga terkenal dengan keindahan pemandangan yang mana 8 kawasan tercantik di Korea terletak di sini.

 

 

 

 

Selain di Danyang, anda juga boleh menjalankan aktiviti ini di Yangpyeong. Perbezaannya hanyalah dari segi sudut pemandangan. Danyang banyak kawasan indah seperti sungai dan gunung-gunang. Manakala Yangpyeong penuh dengan keindahan hutan Korea.

 

 

Contoh aktiviti Paragliding di Danyang.

 

Aktiviti Paragliding ini sesuai untuk lapisan umur. Malah, mereka telah menyediakan aktiviti dari usia 4 tahun sehinggalah ke 70 tahun. Ia salah satu aktiviti sukan terbaik untuk keluarga di Korea.

4 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini