Tak Sambut Hari Ibu Tapi Rai Ohboeinal, Ini 10 Cara Orang Korea Meraikannya

Prev1 of 11
Use your ← → (arrow) keys to browse

Tanggal 13 Mei 2018, setiap wanita yang bergelar Ibu, Ummi, Emak dan Mama bakal diraikan dengan sambutan Hari Ibu bagi menghargai pengorbanan mereka melahirkan insan yang bergelar anak.

 

Bagaimanapun, bagi masyarakat Korea, mereka tidak pernah meraikan Hari Ibu sebaliknya menghargai ibu yang dipanggil Omma dan Omoni dengan sambutan OhBoEiNal (어버이날) yang membawa maksud Hari Ibu Bapa. Sambutan ini kebiasaannya disambut setiap tahun pada tanggal 8 Mei.

 

Sambutan unik ini adalah untuk menghargai kedua ibu bapa yang telah membesarkan anak dan menyayangi anak-anak buat selama-lamanya. Dengan perbezaan sambutan dengan masyarakat antarabangsa, EH! KOREA BUZZ kongsi anda 10 cara popular anak-anak di Korea menyambut OhBoEiNal. Mungkin anda boleh ikuti cara ini untuk sambut hari ibu dan hari bapa kelak.

Prev1 of 11
Use your ← → (arrow) keys to browse