Pakar Saintis Dedah Kimchi Bantu Tangani Serangan Covid-19 Di Korea Selatan!

Vaksin atau penawar Covid-19 masih belum ditemui. Namun, pembunuh manusia dalam senyap ini terus menular sehingga mencecah lebih jutaan manusia terkena jangkitan Korona virus. Setakat ini, vaksin yang boleh diamalkan hanyalah penjarakan sosial, basuh tangan secara kerap dan kehidupan normal baharu. Walaupun peperangan ini masih belum tamat, setiap negara sedang bertungkus lumus mencari vaksin bagi membasmi dan menghentikan peperangan yang menjejaskan banyak kehidupan manusia seluruh dunia.

Terbaru, satu kajian kes yang dilaksanakan pengkaji dari Perancis telah menjumpai beberapa faktor dan penyebab utama Covid-19 berjaya ditangani di Korea Selatan. Menurut kajian yang diketuai Profesor Dr Jean Bousquet dari Pumoray Medicine di Universiti Montpellier, Korea Selatan dan Jerman yang mengamalkan makanan fermentasi tinggi seperti Kimchi dan sauerkraut adalah antara penyebab mempunyai kadar kematian yang lebih rendah.



Keputusan saintifik yang dilaporkan jurnal Clinikal dan Translational Allergik menyatakan bahawa penggunaan kubis fermentasi yang tinggi membantu mengurangkan kadar dari sesuatu yang disebut ACE2 yang merupakan enzim paru-paru seseorang yang digunakan oleh Virus Covid-19 untuk masuk dan menyerang tubuh pesakit. Dengan adanya ACE2 dalam paru-paru, Corona mempunyai peluang tipis untuk masuk ke dalam tubuh manusia.


“Corona Virus mengikat ACE2 yang mendorong tekanan oksidatif, kesan pro-radang dan pro-fibrotik. Makanan yang diperam mempunyai aktiviti anti oksida yang kuat dan dapat melindungi dari covid-19 yang teruk,” Dr Bousquet.



Tambahan lagi, Kimchi juga membantu menyokong kesihatan “mikrobioma usus” yang merupakan faktor penting dalam tindak balas imun seseorang terhadap serangan dari perkara seperti corona virus. Oleh itu, kaji ini mengenal pasti ini adalah penjumpaan luar biasa bagi negara yang mengamal pemakanan berasaskan Kimchi atau kubis perap.

Pada bulan April, laporan mendapati bahawa penjualan makanan berkaitan makanan ini melonjak naik selepas ramai percaya ia membantu menyokong sistem imun tubuh. Sudah tentu, kimchi bukanlah ubat ajaib untuk bunuh covid-19 tetapi tidak ada salahnya untuk memulakannya lebih banyak dalam diet anda.