Pendedahan Kajian Tentang Umur Orang Korea Hilang Dara & Teruna Mengejutkan!

Sungguhpun masyarakat Korea masih lagi konservatif dengan banyak perkara berkaitan budaya dan kehidupan seharian, perubahan drastik orang Korea terhadap pemodenan amat mengejutkan lebih-lebih golongan belia.

Difahamkan, pengaruh barat dalam kehidupan harian anak muda Korea begitu menular sehingga banyak budaya yang kurang disenangi masyarakat Korea mempengaruhi mereka. Atas dasar itu juga, ramai anak muda dikatakan terjebak dalam kegiatan seksual bebas yang dilakukan secara senyap.


Pada 2018, satu kajian telah dilakukan bagi mengenal pasti usia orang Korea mula menjejaki alam seks. Menerusi kajian tersebut, 3000 orang Korea turut serta yang mana mereka dari usia 18 hingga 69 tahun. Selain mengenal pasti umur sebenarnya, ia juga dilaksanakan bagi menjawab tentang persoalan amalan seks bebas dengan pelacur.

Tujuan utama kajian ini dijalankan bagi menganalisis kesedaran seksual semasa negara, serta mewujudkan dan mempromosikan strategi pencegahan terhadap penyakit berjangkit yang diperoleh daripada pelacuran.


Keputusan kajian sememangnya mengejutkan apabila rata-rata lelaki Korea mula mendekati seks pada usia 21 tahun manakala wanita pula pada usia 23 tahun. Ternyata lelaki Korea lebih awal berbanding wanita dalam bab seks.

Data kajian turut menyenaraikan kanak-kanak bawah umur menjadi lebih aktif secara seksual dengan peningkatan 10% dari 2013 hingga 2015. Walaupun jumlah itu semakin meningkat, hanya separuh daripada mereka melaporkan menggunakan sebarang bentuk kontraseptif.

Pengalaman pelacuran pula sebaliknya menghasilkan beberapa keputusan yang di luar jangkaan. Keputusan menunjukkan 23.1% lelaki melanggan pelacur dan hanya 2.6% wanita ke arah pelacuran.

Apa jua keputusannya, janganlah menilai mereka sepenuhnya di sebalik kajian ini. Malah, kajian ini juga bukanlah mewakili 100% orang Korea dan ia hanya melibatkan segelintir orang Korea saja. Fakta paling penting adalah orang Korea masih menjaga kehormatan mereka dan lebih mementingkan budaya walaupun ramai anak muda Korea sudah dijajahkan dengan budaya barat.

Kongsikan artikel ini