Use your ← → (arrow) keys to browse
4-KOREA UNIVERSITY
Kekeliruan turut berlaku diantara Korea University dan Seoul National University. Perbezaan paling ketara adalah struktur bangunannya. Bangunan SNU lebih moden dan canggih manakala struktur rekaan bangunan Korea University lebih kepada sejarah dan seperti Istana Kayangan. Universiti yang menggunakan Harimau sebagai maskot ini telah dibuka pada 5 Mei 1905. Jumlah pelajar pula melebihi 33,000 orang dan kakitangan pula mencecah 1,707 orang. Universiti ini mempunyai 13 kampus yang terdiri daripada pengajian undang-undang, seni liberal, sain hidup, ekonomi, sains, engineering, medikal, pendidikan, informasi dan media. Perpustakaan di sini mempunyai 367,000 kategori buku. Silibus pendidikan di sini telah disertai lebih 90 buah negara, 850 Universiti dan Institut.