Sila Jawab! JIN AIR Korea Tanya Apakah Tarikan Sebenar Di Johor & Malaysia?

Selatan Tanahair dilihat menjadi destinasi baru bagi orang-orang Korea untuk berkunjung apabila syarikat penerbangan Korea iaitu Jin Air telah menawarkan penerbangan terus dari Incheon ke Johor dan dari Johor ke Incheon setiap hari bermula 18 Jun 2018.

 

 

Penambahan slot penerbangan ini berikutan kejayaan percubaan syarikat ini yang memulakan operasi ke Johor bermula awal Januari 2018 yang hanya 3 kali penerbangan dalam masa seminggu pada peringkat awal.

 

Kakitangan Jin Air.

 

Jadi, tidak hairanlah apabila anda berkunjung ke Johor pasti ramai orang Korea bersiar-siar kerana menikmati penerbangan tambah murah dari Jin Air setiap hari.

 

Kapal terbang yang membawa perjalan dari Korea ke Johor.

 

Memandangkan perkhidmatan ini mendapat sambutan baik dari orang Korea, Pengurus Besar Jin Air yang berpangkalan di Johor Bahru memohon jasa baik rakyat Malaysia terutama sekali bangsa Johor untuk berkongsi destinasi dan aktiviti menarik di Johor.

 

Malah, mereka juga ingin mengetahui lebih lanjut daya tarikan sebenar Malaysia menerusi negeri Johor. Menurut Mr Yeo, selepas promosi dilakukan di Korea, ramai menunjukkan respon baik dan dahagakan informasi mengenai tempat menarik di Malaysia terutama sekali di Johor.

 

Dikesempatan ini juga, pihak Jin Air turut menawarkan perkhidmatan terus ke Korea untuk warga Malaysia yang berada di selatan tanahair. Difahamkan bilangan pelancong dari Korea akan lebih banyak bermula musim sejuk nanti kerana di waktu inilah warga Korea mengambil kesempatan untuk berkunjung ke negara panas.

 

Wajah ceria krew Jin Air.

Namun, mengikut fakta dan kajian pelancongan Korea, warga Korea gemar memilih untuk bercuti apabila tiba musim panas dan musim sejuk. Oleh itu, ini adalah peluang terbaik bagi syarikat di Malaysia atau individu yang terlibat dalam perkhidmatan pelancongan untuk bersedia dan berkemungkinan boleh bekerjasama dengan pihak penerbangan Jin Air.

 

Membuka peluang kepada bangsa Johor untuk terus ke Korea.

Bagi memudahkan proses ini, anda boleh mengemukakan cadangan kepada pihak EH! KOREA BUZZ BY HYUNMIN-A dengan menghantar email ke KBSEOUL2017@GMAIL.COM.

 

Kongsikan artikel ini