Selepas hampir 3 minggu tidak memuat naik sebarang video, Daud Kim akhirnya menyiarkan video baru pada 23 September 2020 dengan tajuk I Am Still a Muslim. Malah, caption video tersebut tertulis
“Saya telah memadam semua video saya sebelum ini. Imam memberitahu, tidak elok mendedahkan segala dosa secara publik. Itu antara saya dan Allah. Terlalu banyak mesej dan serangan menentang keluarga saya kerana masalah peribadi saya. Saya harap semua orang faham. Dan kes tersebut telah ditutup. Secara peribadi saya mohon maaf. Mereka juga tidak mahu bercakap tentang masalah ini lagi. Jadi, Tolong jangan cakap pasal ini lagi.
Dengan penampilan baru yang mana dia misai dan berjambang, Daud berterus-terang dan masih lagi ingat di saat dia mengucap kalimah Syahadah untuk bertukar dari Jay Kim kepada Daud Kim.
Di samping itu, dalam video berkenaan, Daud Kim atau Jaehan memberitahu niat asal dia memeluk Islam serta memberitahu bahawa dia masih seorang mualaf.
Malah, dia turut memaklumkan bahawa dia sudah kehilangan ramai kawan yang mana ramai kawan yang sebelum ini rapat dengan dia sudah tidak lagi menghubungi serta block dia. Keluarganya juga turut diheret dengan pelbagai tuduhan dan masalah yang datang darinya. Pun begitu, Daud memberitahu hanya Imam Alkory atau Dongshin saja yang membantunya sehingga ke hari ini.
Apa sekalipun, video tersebut sudah dapat dibaca dan dihidu oleh pihak tertentu. Ini kerana, pihak berkenaan masih lagi meragui dengan sikap Daud Kim serta memaklumkan bahawa sekarang ini, masyarakat Korea masih lagi belum menerima keampunan dia dan kemungkinan dia langsung tidak akan diterima. Lebih teruk lagi, Daud Kim dikatakan hanya menerima bantuan yang tergolong sama dengan dirinya yang mana, individu yang terlibat turut sama tidak disenangi pihak yang bertanggungjawab tentang komuniti Islam di Korea.
Dalam pada itu, tindakan Daud memadam beberapa video mengundang satu lagi isu yang mana video tersebut membuatkan pengikutnya menuduh dan mengecam individu yang terlibat dalam video berkenaan. Padahal, ada juga individu yang terlibat dalam video yang dipadam itu memahami keadaan Daud Kim dan tidak pula mengungkit sebarang isu yang berbangkit. Jadi, Daud Kim sekali lagi didakwa membuat keputusan mementingkan diri sendiri serta tidak memohon maaf kepada orang yang sepatutnya.