Jangan Hentam Saja, Ini Cara Betul Tolak Lamaran atau Katakan ‘Tidak’ Di Korea !

Mungkin ramai tidak tahu, Korea Selatan sangat kagum dengan budaya mereka. Malah, dari kecil lagi, ibu bapa akan mendidik anak-anak mereka cara adab tradisional Korea. Jadi, tidak hairanlah, orang Korea sangat sensitif tentang budaya dan adab resam mereka.

Sebab itulah jua, dalam arena muzik KPOP, mereka akan mengekalkan bahasa Korea lebih 90% dalam lirik dan menerapkan kebudayaan mereka. Begitu juga dengan drama Korea, walaupun genre berlainan, tapi adat resam Korea wajib ditampilkan dalam jalan cerita.

Menyentuh mengenai cara percakapan, silap langkah dan kata, boleh membawa anda ke arah biadab dan kurang ajar. Jawapan anda mengatakan Tidak boleh menjadi kasar seandainya anda menolak jemputan atau enggan melakukan sesuatu. Sebaliknya, satu cara untuk menolak sesuatu di Korea adalah dengan mengadakan perbincangan yang sangat panjang.

Jika anda mendapati diri anda bercakap dengan rakan atau rakan sekerja Korea, dan mereka terus bercakap tentang sesuatu yang anda minta, ambil ini sebagai tanda bahawa mereka mungkin mahu menolak, tetapi tidak tahu bagaimana untuk tanpa kelihatan kasar.

Cuba cari cara sopan dan berlapik untuk membantu mereka tidak syak bahawa jawapan anda terhadap pelawaan mereka adalah ‘tidak.’ Dalam erti kata lain, susun atur ayat dengan cara baik mengikut hubungan anda dengan orang tersebut. Kalau tersilap bicara, hubungan anda boleh membawa ke arah negatif.

Untuk itu, anda perlu mendalami lebih terperinci cara orang Korea. Ini kerana, mereka begitu kuat dan mementingkan adab. Sebab itulah juga, cara percakapan orang Korea akan berubah mengikut faktor umur. Malah, sebagai orang Korea, bahasa Korea antara bahasa yang amat sukar dipelajari kerana ia juga bergantung kepada situasi. Salah guna ayat, penilaian akan tercipta secara automatik.

Kongsikan artikel ini