Yong & Daud Kim Bertemu Di Ramadhan Pertama Selepas Masjid Korea Di Buka Semula !

Dua mualaf Korea yang baru saja memeluk agama Islam, Daud Kim dan Seong Yong bertemu pada Ramadhan pertama buat mereka di Masjid Korea yang baru saja dibenarkan beroperasi pada Ramadan ke 13.

Pertemuan gembira ini telah dikongsi Daud dilaman instagramnya. Ternyata mereka berdua rasa gembira kerana dapat bertarawih bersama di Masjid Korea yang terletak di Itaewon, Seoul. Bagaimanapun, Daud mengesahkan kedatangannya ke Masjid selepas iftar bersama rakan Korea Islam yang lain.

Perkongsian itu turut mengembirakan umat Islam apabila Masjid yang sebelum ini ditutup boleh mula diguna semula untuk Solat Jumaat bermula 15 Ramadhan (7 Mei 2020) dan solat sunat tarawih. Bagaimanapun, langkah ketat telah dilaksanakan bagi membendung penularan Covid-19.

Imam Rahman.

Keputusan pembukaan ini telah diumumkan KMF (Persekutuan Muslim Korea) ekoran penurunan kes positif wabak Covid-19 di Korea. Ia juga susulan Majlis Gereja Kebangsaan Korea yang membenarkan ibadah ritual mingguan di gereja bermula Ahad lalu.

“Walaupun Masjid telah dibuka semula, dalam tempoh permulaan selama 10 hari ini, Jemaah hanya boleh solat di luar masjid saja. Ini kerana, kami masih lagi ambil langkah berjaga-jaga dengan isu Covid-19,” kata Ketua Imam KMF, A. Rahman Lee Jun-hwa.

Masjid besar di Korea.

Antara langkah yang telah diambil ialah Jemaah yang hadir untuk solat wajib menulis nama di buku pendaftaran bagi membolehkan pihak masjid dapat mengesan jemaah tersebut jika timbul kes jangkitan Covid-1.

Mengulas lanjut, Imam Rahman memberitahu seandainya keadaan terus baik, kemungkinan besar umat Islam di Korea Selatan boleh menyambut Aidilfitri dengan menunaikan solat sunat hari raya di masjid.

Menurut laporan, hampir 200,000 orang Islam di Korea atau 0.4 peratus daripada lebih 50 juta rakyat Korea Selatan, dengan sekitar 40 peratus daripada mereka tinggal di Seoul, Korea Selatan. Negara K-POP ini mempunyai 15 buah masjid serta lebih 60 buah surau. Kebanyakannya dibina imigran Muslim dan sumbangan beberapa kerajaan negara Islam termasuk dari Malaysia.

Kongsikan artikel ini