Aiden Kim Tegaskan Model Malaysia Perlu Ada Sistem Pembelajaran Yang Profesional Jika…

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Figura Korea Buzz Edisi Mac 2022, Aiden Kim adalah seorang model yang bergelar usahawan. Malah, dia juga seorang pensyarah di universiti terkemuka di Korea Selatan selain menjadi pejuang hak model-model senior.

Bercakap mengenai pengalaman dirinya sebagai seorang model, Aiden pernah menjadi fesyen model di Korea dan Hong Kong sejak tahun 1999 lagi. Dia telah terlibat dengan lebih 30 Iklan TV dan mengadakan persembahan peringkat kebangsaaan serta melibatkan diri dalam peragaan pentas.

Berdasarkan pengalaman enam tahun dalam perniagaan di Amerika Syarikat dan Korea, kini Aiden sah bergelar model usahawan. Bagaimanapun, Aiden Kim yang murah dengan senyuman menjawab persepsi untuk mencari model di Korea sangat mudah kerana berlambakan rakyat Korea berwajah kacak, cantik dan tubuh menarik.

“Seandainya anda ini menjadi model di Korea, anda perlu tangkas mengikut perubahan gaya dan trend. Jika anda lambat, anda akan ketinggalan. Dengan stail yang bagus tetapi kurang bakat lakonan dan hanya berwajah tampan tidak berguna. Setahu saya, setakat ini tiada model Korea yang aktif dari muda sampai ke tua,” katanya.

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini