Aiden Kim Jawab Pasal Wanita Korea Suka Queen Control Termasuklah Trend Oppa Kahwin Selepas Cecah 40 Tahun!

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Sebagai seorang model dan usahawan di Korea, Figura Korea Buzz Mac 2022, Aiden Kim tidak lari dari dirinya yang masih solo tapi sudah berusia. Namun, ia bukanlah penghalang untuk Aiden mencari cinta selain dirinya yang komited dengan kerjayanya sebagai usahawan dan tenaga pengajar di sebuah universiti terkemuka di Korea Selatan.

Tanpa berselindung, Aiden berkongsi tentang anggapan lelaki Korea takut untuk bercinta kerana wanita Korea yang dikatakan suka mengawal gerak-geri teman lelaki.

“Sebenarnya, bukanlah semua lelaki Korea takut nak bercinta sebab wanita kaki control. Ia terpulang kepada individu dan situasi. Tidak semua juga wanita Korea bersikap sedemikian rupa.

“Oleh kerana Korea adalah negara yang bergerak 24 jam sehari, wanita mungkin cemas, Begitu juga, lelaki mengawal wanita dan merasa cemas,” jelasnya.

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini