Awek Dari Malaysia, Henry Seo Kata Gadis Korea Tak Cantik Tapi Malaysia Perlu Speed!

Foto: Ikie
MUA: Qif Alvarez
Designer: Anas Abdullah & Qif Alvarez
Aksesori: The EyeShop Optometry


Youtuber bangsa Korea yang menetap di Malaysia, Henry Seo mengakui hatinya kini dimiliki wanita dari Malaysia. Namun, Henry tidak tahu sama ada hubungannya bersama kekasihnya itu berakhir ke jinjang pelamin atau pun tidak.



“Kahwin wanita Malaysia? Sejujurnya, saya sendiri tidak tahu apa yang saya perlu makan untuk sarapan esok hari. Namun, saya akui hati saya sudah berpunya. Jadi, saya tidak boleh nak jawab sama ada saya mahu kahwin orang Malaysia atau tidak walaupun teman wanita saya asal Malaysia. Namun, saya tetap akan mencintainya,” ujar Henry.

Mengakui jadual hariannya sebagai orang Korea yang bekerja di Malaysia terjejas akibat pademik COVID19, Henry atau nama sebenarnya Seo Hun Min mendedahkan beberapa perkara yang patut dicontohi orang Malaysia untuk lebih maju ke hadapan seperti negara asalnya Korea.



“Sebagai orang Korea yang tinggal di Malaysia, saya rasa tidak banyak perkara yang tidak boleh diikuti bangsa Korea. Namun, orang Korea kurang gemar dengan pengalaman perkhidmatan yang lambat. Banyak juga orang Korea tidak jadi atau tidak berapa selesa dengan Malaysia kerana perkhidmatan yang lambat.

“Oleh itu, saya rasa orang Malaysia patut ikuti cara orang Korea yang mempunyai perkhidmatan yang cepat. Semuanya Speed. Malaysia akan menjadi 1000 kali bagus kalau mereka pantas dan mempercepatkan lagi service yang sedia ada. Saya sendiri hadapi pengalaman yang mana, saya telefon untuk memperbaiki wifi tapi mereka maklumkan saya untuk tunggu jawapan sehingga dua atau tiga minggu.

Foto: Ikie MUA & Outfit: Qif Alvarez

“Saya hanya cakap apa yang saya alami. Memang sukar orang Korea untuk mengikuti cara dan budaya Malaysia. Namun, saya akui orang Korea patut lebih santai dan menjalani kehidupan tenang cara Malaysia yang mempunyai budaya cincai. Banyak juga orang Korea ketinggalan sebab mereka terlalu hidup dengan budaya Palli Pallia tau cepat,” jelasnya.



Dalam pada itu, Henry sempat memberikan nasihat kepada wanita Malaysia yang terlalu tergila-gila lelaki Korea kerana meminati KPOP atau drama Korea.



“Janganlah bermimpi..Carilah masa dan wang untuk diri sendiri bukan kerana Oppa Korea. Carilah kecantikan dalaman. Sesungguhnya, semua orang di dunia akan kelihatan sama dengan sentuhan makeup.

“Sebab itu, kecantikan bagi saya lebih kepada keadaan dan tindak tanduk seseorang wanita. Ia terpulang kepada mereka untuk menguruskan diri mereka. Bagi saya wanita Korea tidaklah cantic namun mereka sangat bagus dalam menguruskan hal berkaitan kesihatan diri dan mengambil berat tentang diri mereka,” kata Henry lagi.

Kongsikan artikel ini