Lumpuh & Nak Bunuh Diri, Ini Derita Jin Choi Termasuk Hubungan Hong Seok Cheon + Matthew Deane

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kehidupan indah sebagai model terkenal di Korea menjadi malap seketika apabila Jin Choi menghadapi kemalangan yang mengakibatnya badannya lumpuh. Bagaimanapun, semangat kuatnya mampu memulihkan keadaannya yang turut dibelengu kisah hitam bergelar model di Korea dan Asia Tenggara.

“Saya pernah aktif dari segi ekonomi dalam penampilan, dan saya sangat bangga dengan potongan badan yang saya miliki. Jadi, apabila mendapat tahu saya diagnosis paraplegia, ia ibarat hukuman mati bagi saya.


“Selepas diagnosis, saya mengharungi psikosis yang teruk, termasuk pemikiran untuk membunuh diri. Saya telah dirawat untuk tempoh masa yang lama.

“Waktu itu, jika saya bersendirian, saya tidak akan berada di dunia ini sekarang. Saya masih hidup kerana isteri dan anak-anak saya,” katanya.

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini