Terkedu Perangai Sebenar Alvin Chong, Dasol Kantoikan Sikap Pelik Ahli Blimey Yang Ramai Tak Tahu!

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dandanan: Emel Ismail
Busana: Cocos Creations
Foto: MYS STUDIO

Walaupun bakat Dasol dikesan sejara street audition, Dasol menjadi kakak sulung buat ahli Blimey yang lain iaitu Jade dan Yerim. Oleh kerana itu, Dasol sudah pasti memegang banyak rahsia kedua adiknya termasuklah perangai pelik mereka berdua yang ramai tidak tahu.

Namun, Dasol yang suka mendekatkan diri dengan penyokong Blimey, dia tidak lokek untuk berkongsi perangai Jade dan Yerim yang masih ramai lagi tidak tahu.


“Jade adalah seorang yang sangat bijak. Dia banyak kali menjadi TOP student sewaktu dibangku sekolah. Dia juga sangat pantas dan cekap mempelajari bahasa lain. Ramai tidak thu, Jade mempunyai kulit yang sangat cantik. Tiada beza ketara sebelum dan selepas solekan.

“Yerim pula adalah orang yang bertanggungjwab dengan masalah IT berkaitan Blimey. Kalau ada masalah IT atau komputer rosak, Yerim adalah orang yang paling pakar. Yerim adalah ulat buku dalam Blimey. Dia suka sangat beli buku dan baca buku yang banyak.

“Mereka mempunyai satu persamaan yang paling ketara. Yerim dan Jade suka melukis dan mereka berdua sangat bagus dalam melukis,” jelas Dasol yang kini bahagia mengecapi bibit cinta sebagai seorang isteri.

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini