Terkedu Perangai Sebenar Alvin Chong, Dasol Kantoikan Sikap Pelik Ahli Blimey Yang Ramai Tak Tahu!

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dalam pada itu, memandangkan Blimey banyak melibatkan diri dengan industri hiburan Malaysia, sudah pasti Dasol berpeluang bersemuka dengan artis terkenal. Namun, siapakah yang paling lain bagi Dasol apabila bertentang mata.

“Keperibadian Alvin Chong adalah yang paling berbeza daripada yang dijangkakan. Seperti yang anda tahu, saya peminat tegar Alvin, jadi saya mengikuti semua Instagram dan TikTok. Melihat Alvin di TikTok, saya fikir dia seorang sangat ceria.

“Kemudian saya bertemu dengannya secara peribadi semasa wawancara drama She Was Pretty Malaysia, dan dia sangat tenang dan malu dan rendah hati serta sopan. Di Korea, orang seperti itu dipanggil “pesona yang tidak dijangka,” dan Alvin adalah seorang pelakon mempunyai daya tarikan yang tidak dijangka,” katanya dengan penuh teruja.

 

`Nantikan pula kisah cinta Dasol dengan Kim Tae Hyung yang membawa hingga ke jinjang pelamin dalam sorotan akan datang…

 

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini