Sarah Suhairi Saksi Bertemu Jodoh, Dasol Idam Berlakon Dengan Hun Haqeem & Bulan Madu Di Terengganu!

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dandanan: Emel Ismail
Busana: Cocos Creations
Foto: MYS STUDIO

 

Selepas menafikan sekerasnya bahawa dirinya bakal tinggalkan Blimey selepas kahwin, akhirnya ahli yang bakal meninggalkan trio ini adalah Yerim. Bagaimanapun, Dasol dan Jade akan terus bersama dan menghidangkan pelbagai video berkaitan Malaysia.

Bercerita soal dirinya yang bertemu jodoh, Dasol mengatakan ada kena mengena dengan penyanyi Malaysia bernama Sarah Suhairi.

“Saya bertemu dengan suami saya selama dua tahun. Waktu itu saya melancong ke Busan dengan Sarah Suhairi pada sekitar 2019. Waktu itulah saya mula dating dengan dia. Saya masih ingat lagi, waktu itu saya bercakap dengan suami saya dengan ditemani oleh Sarah, Yerim dan Jade.

“Sebenarnya nama suami saya sama dengan V BTS. Taehyung adalah nama yang common di Korea. Pada mulanya saya tidak pernah terfikir akan nama suami saya sama dengan lelaki terkacak di dunia itu.. Saya mula sedar akan hal ini selepas umum kahwin dan Blymers ingat nama saya dengan nama V BTS,” katanya.

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini