Yang Pertama Kahwin, Dasol Bakal Bersara Dari Blimey? Maggi Cup Punca Mahu Tahu Tentang Malaysia!

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dandanan: Emel Ismail
Busana: Cocos Creations
Foto: MYS STUDIO

 

Cantik mengenakan busana Puteri Gunung Ledang dari Cocos Creations, penghias muka depan Korea Buzz edisi Jun 2022, Dasol dari Blimey bercerita rahsia tentang dirinya yang ramai tidak tahu. Malah, Dasol yang baru saja mendirikan rumah tangga diasak soalan mengenai desas-desus yang mengatakan dia bakal meninggalkan Blimey selepas bergelar isteri kepada Kim Taehyung.

 

“Saya Dasol dari Blimey. Blimey adalah media produksi yang mencipta video berkenaan pengalaman dan reaksi terhadap Malaysia dari perspektif orang Korea. Blimey dianggotai oleh tiga orang gadis iaitu saya, Jade dan Yerim. Saya merupakan ahli palin senior dari segi umur. Blimey sangat aktif di media platform termasuklah youtube, Instagram dan tiktok. Saluran Youtube kami mempunyai 790,000 pengikut. Kenapa saya pilih Blimey?

“Sebenar Jade dan Yerim adalah rakan kolej. Kami bertiga bercadang mencipta dan menulis diari terhadap cabaran kehidupan. Sebab itu kami memilih untuk membukan saluran youtube Bersama.

“Saya pada asalnya mahu menjalankan saluran YouTube sendiri kerana impian saya adalah untuk menjadi produser stesen penyiaran, tetapi saya teragak-agak kerana saya tidak mempunyai keberanian untuk melakukannya sendiri. Pada masa itu, Jade, yang dekat dengan saya, mencadangkan agar kami membuat saluran bersama-sama, jadi saya boleh memulakan saluran dengan Blimey,”

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini