“Diana Danielle Wanita Tercantik Dunia,”: John Yoo Janji Ke Malaysia Usai Covid19

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Doktor gigi kacak asal Korea yang menjadi figura Korea Buzz edisi November 2020 membuat pengakuan tentang pelakon cantik, Datin Diana Danielle. Malah, John Yoo yang turut aktif sebagai youtuber memasang hasrat untuk ke Malaysia apabila selesainya pademik covid19.

“Sudah tentu saya ada kawan dari Malaysia. Kesemua kawan Malaysia saya begitu berbangga dengan sejarah dan budaya mereka. Saya juga jatuh cinta dengan semangat ambil berat antara satu sama lain yang diamalkan orang Malaysia.

“Saya juga suka cara orang Malaysia dalam menterjemahkan bahasa English seperti bus, nasi lemak, roti john dan perkara-perkara berkaitan kelapa.

“Artis Malaysia saya kenal Daniel Danielle. Dia salah seorang wanita tercantik di dunia,” kata John.

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse