Emosi Terjejas, Dr.Choi Dedah #COVID19 Makin Tak Terkawal & Risiko Frontliners

Peningkatan kes kematian dan jangkitan Covid-19 di Amerika Syarikat membuatkan ramai tertanya-tanya situasi sebenar yang berlaku di sana. Bagi mengenal pasti keadaan tersebut, KOREA BUZZ secara eksklusif berjaya menghubungi seorang doktor berasal dari Korea Selatan yang telah lebih 10 tahun bertugas dan menetap di Amerika Syarikat.

Doktor Choi berkorban dan berpisah dengan keluarga buat sementara

Choi Eugene, 42 telah berkongsi cerita keadaan di sana selain mendedahkan pelbagai perkara yang tidak diketahui umum termasuklah pengorbanan dan kesusahan yang dihadapi frontliner di sana. Ikuti temu bual eksklusif bersama Doktor Choi yang juga popular di laman Instagram sebagai penasihat kesihatan untuk mendapatkan bentuk badan ideal dan seksi sepertinya walaupun sudah mencecah usia 40 tahun ke atas.

8 of 8Next
Use your ← → (arrow) keys to browse
Sewaktu merawat pesakit.

KOREA BUZZ: Sebagai seorang doktor, bilakah anda fikir ini akan berakhir?

DOKTOR CHOI: Saya fikir ia akan mengambil masa berbulan-bulan sebelum wabak terputus-putus sepanjang tahun. Vaksin berkesan diperlukan untuk menamatkan pandemik secara pasti.

KOREA BUZZ: Adakah anda menerima bahawa COVID-19 bukan satu-satunya penyebab virus tetapi juga asal budaya yang tidak sihat?

DOKTOR CHOI: Pesakit dengan penyakit kronik yang paling lemah. Virus ini menyerlahkan wabak penyakit kronik dan obesiti yang telah berleluasa dalam masyarakat kita sebelum pandemik bermula. Sebagai seorang doktor, saya ingin menjadi seorang advokat kesihatan dan kecergasan supaya masyarakat lebih baik dilindungi dan disediakan untuk pandemik yang akan datang yang mungkin berlaku dalam dekad yang akan datang.

8 of 8Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini