Sementara itu, Daud yang mempunyai jumlah pengikut lebih sejuta di saluran youtube peribadinya turut mengetahui bahawa Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang paling banyak menyokong kariernya sebagai Youtuber. Namun, Daud memohon maaf atas kekeliruan identiti dua negara ini.
“Terus-terang, semua penyokong dan penggemar saya dari Malaysia dan Indonesia adalah saudara saya. Mereka adalah abang dan kakak yang saya hormati dan kasihi. Sejujurnya, saya tidak pernah pening kepala atau rungsing tentang mereka.
“Namun, sudah tentu saya masih lagi tidak dapat membezakan bahasa, makanan, pakaian dan budaya antara Malaysia dan Indonesia. Saya masih lagi belajar. Saya minta maaf atas kekeliruan ini,” katanya.