Use your ← → (arrow) keys to browse
Mengakhiri sesi temu bual eksklusif sebagai figura Korea Buzz edisi Mei 2021, Daud Kim lebih suka mendiamkan diri atau kunci mulut apabila soalan berkaitan isu kontroversinya dikupas. Pun begitu, ayah kepada Jason Kim ini tidak menolak dalam menjawab persoalan terhadap dirinya yang masih lagi di boikot segelintir masyarakat Islam di Korea.
“Saya sudah jelaskan secara terperinci dalam video tentang isu ini. Saya harap anda semua dapat menyaksikan dan memperolehi jawapan. Saya hidup kerana Allah. Insan yang boikot saya bukanlah pemberi rezeki dan nyawa.
“Itu kehendak mereka untuk boikot saya. Tetapi, apa yang saya tahu, Allah tidak pernah boikot saya. Hanya Allah saya tahu dan hidup saya,” jelasnya.