Han Byul ‘Naik Hantu’ Kalau Tak Dapat 10 Benda ini…

Juara Big Stage musim kedua, Jang Han Byul terus mencipta nama di Malaysia apabila lagu Melayu sulungnya berjudul Luka dan Bahagia semakin mendapat tempat di semua corong radio tempatan. Oleh kerana itu, Han Byul tidak akan melepaskan peluang jika mendapat undangan menyanyi di Malaysia.

Makeup: Emel Ismail x Pure Theory

Memandangkan dia sudah menganggap Malaysiaku Syurgaku, Hanbyul tidak segan dan tidak lokek berkongsi tentang kehidupannya dengan lebih mendalam. Kali ini dia juga turut mendedahkan tentang dirinya yang jarang sekali dikongsi. Ikuti perkongsian Hanbyul istimewa buat pembaca EH! KOREA BUZZ.

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

MEROYAN KALAU TIDAK ADA…


Korea ada 4 musim. Saya pula suka musim sejuk berbanding musim panas. Namun, saya lebih suka musim autum. Terus-terang, saya akan rasa tidak selesa dan boleh naik hantu kalau tidak ada 10 barang ini. Saya sebenarnya tidak boleh hidup tanpa losen kulit, vitamin, air botol, losen badan, gitar, conditioner, kasut sukan, kopi, chop stick dan ramen. Apabila pergi melancong pula, saya tidak boleh tinggal pencuci muka, losen kulit, krim pelembap, vitamin, berus gigi, pencuci mulut dan sunscreen.

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini