Tidak hairan dengan sikap jejaka Korea yang suka tayang badan di sosial media, Doktor Choi Eugene, 42, menyatakan ia adalah perkara yang sama dilakukan jejaka bertubuh sasa di Amerika Syarikat.
“Sekarang ini, semua orang mahu jadi popular. Sebab itulah makin ramai tidak kisah tayang badan di sosial media. 20 tahun lalu, amat sukar untuk mencari pusat gimnasium di Korea. Namun, perkembangan sekarang ini lain. Terdapat pelbagai pilihan gim di Korea.
“Kalau mereka suka show off, saya akan buat lebih dari itu kerana saya adalah doktor. Di sebabkan Covid-19, saya lebih banyak masa terluang. Saya selalu banyak buat Yoga pada waktu malam. Ingat ya, menari juga adalah senaman yang bagus untuk kesihatan,” jelasnya.
Menceritakan sebab lambat aktif di sosial media, Choi memberitahu dia trauma dengan golongan homoseksual. Namun, dia tidaklah boikot atau pandang rendah pada gay.
“Saya baru saya aktif Instagram tahun lalu. Saya memang banyak terima mesej dari golongan gay. Pada 2014, foto saya telah disebarkan dalam laman web khusus golongan gay. Kalau tidak silap saya, laman tersebut dari Thailand atau pun Singapura. Saya lihat sendiri gambar saya telah disebarkan dan dijual dalam laman web tersebut tanpa izin saya.
“Saya dapat tahu tentang laman web tersebut apabila ada pihak memaklumkan kepada saya. Saya telah menghantar emel kepada pihak tersebut dan bakal membuat laporan polis seandainya mereka tidak menghentikan penjualan gambar saya secara haram.
“Kes tersebut membuatkan saya trauma untuk muat naik foto dilaman sosial. Takut terkena dengan golongan homo lagi. Namun, saya tidak hirau lagi tentang perkara ini dan saya juga tidak boleh mengelak dari perkara begitu berlaku lagi. Di sebabkan kes itu juga, saya banyak terima mesej yang tidak di undang dari golongan gay,” katanya.
Meneruskan penjelasan, Choi tidak kisah orang suka menatap foto dia tidak berbaju dan terima jika orang suka menilai susuk tubuhnya.
“Saya hanya akan biarkan saja kalau terima mesej yang tidak senonoh atau berunsur cinta songsang. Saya tidak ada rasa negatif atau emosi jika ramai mahu memuja dan menggunakan gambar saya bagi melepaskan nafsu.
“Setakat ini, saya tidak adalah terima proposal dari pesakit saya. Baik wanita atau pun lelaki. Namun, saya tidak boleh mengelak dari pujian dari mereka. Ramai orang tertarik dengan saya kerana wajah bukan kerana otot badan yang dimiliki saya.
“Saya juga akan menggunakan paras rupa yang dimiliki bukan untuk menarik perhatian wanita. Isteri saya juga tahu. Ia adalah kenderaan untuk saya mendorong dan memberikan motivasi kepada golongan yang memerlukan. Saya mahu orang mesra dengan saya. Sebab saya mahu tolong orang dan memberikan khidmat kaunseling,” katanya lagi.
Kurang mengikuti perkembangan hiburan Kpop dan Hallyu, Choi sebenarnya terkejut dengan impak kumpulan BTS. Begitu juga dengan impak aktor korea yang berjaya menaikkan martabat lelaki Korea seperti saya.
“Susah juga saya nak pilih siapa yang terkacak antara Hyunbin, So Ji Sub dan Lee Minho. Isteri saya meminati Hyunbin dan Jisub. Sejujurnya, mereka bertiga sangat kacak. Tetapi saya rasa rupa Lee Minho kacak dan susuk tubuh Ji Sub seksi dan menarik.
“Janganlah terlalu cemburu dengan doktor bangsa Korea. Doktor Korea ibarat influencer juga. Saya tahu, banyak drama Korea menampilkan jalan cerita melibatkan doktor. Ia adalah satu perkembangan baik untuk dunia kedoktoran. Mungkin ianya tidaklah memberikan kesan dalam kepada realiti doktor Korea. Antara banyak-banyak hero Korea yang melakonkan watak doktor, saya rasa Lee Jung Sok mempunyai pakej sebenar rupa dan susuk tubuh doktor Korea yang sebenar.
“BTS? Saya tidak dengar muzik mereka tetapi saya dengar muzik kpop yang sealiran dengan usia saya. Namun, meneliti dari rupa dan video kumpulan tersebut, saya rasa Jimin mempunyai susuk tubuh yang paling seksi dan menawan. Kalau dari segi kacak, memang suka untuk pilih sebab saya pun tahu, Jin digelar worldwide handsome dan V banyak kali dianugerah lelaki paling kacak dunia. Namun, saya rasa Jimin ada kedua-duanya, iaitu kacak dan seksi,” katanya menutup cerita tentang hiburan Korea.