Hoon Doo Pilih Iman Troye Tercantik, Nak Ikut Hanbyul & Sahut Cabaran Nirmala Siti Nurhaliza!

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dalam pada itu, Hoon Doo yang telah menyanyikan semula lagu dari Aina Abdul, Dato’ Jamal Abdillah, Nabila Razali, Azlan Typewriter dan Ernie Zakri mahu terus mencabar diri mereka dengan mendendangkan lagu hebat dari penyanyi nombor satu Malaysia iaitu Siti Nurhaliza. Lebih menarik lagi, kedua-dua jejaka kacak ini telah memilih artis Malaysia yang dalam kategori terkacak dan tercantik bagi mereka.


“Kami telah mendengar lagu Nirmala dan Cindai dari Siti Nurhaliza. Kami akan cabar diri kami untuk menyanyikan lagu tradisional.


“Antara Siti Nurhaliza, Marsha, Iman Troye, Mira Filzah, Uyaina Arshad, Janna Nick dan Sarah Suhairi, Kami rasakan Iman Troye yang paling cantik. Apapun, bagi kami semuanya cantik dan jelita tetapi kami rasa lebih menarik dan meriah kami bergabung dengan Iman Troye yang mempersembahkan muzik yang unik.

“Untuk terkacak pula..antara Ismail Izzani, Alif Satar, Zul Arifin, Alvin Chong, Fattah Amin, Henry Golding dan Syafiq Kyle..kami pilih Henry Golding. Dia sangat kacak. Kami mahu memakai suit bersama dia dan bekerjasama bagaikan trio lelaki,” kata mereka yang menampilkan pelbagai reaksi melihat satu persatu wajah artis Malaysia.

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini