NEGARAKU Bunyi Malaysia, Hoon Doo Nafi Guna Populariti Artis Malaysia Terutama Sekali Aina Abdul Untuk Pikat Melayu!

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Figura Korea Buzz edisi Julai 2021 istimewa kerana buat julung kalinya menampilkan duo popular dari Korea yang bergelar bintang KPOP iaitu Lee Seung Hoon dan Doo Jin Soo yang bergabung menjadi Hoon Doo. Masyarakat tempatan mula mengenali jejaka kacak ini selepas mereka tular mendendangkan lagu kebangsaan negara iaitu Negaraku dengan cara tersendiri.

Mengenali lebih dekat ahli kumpulan Paradise ini, Doo  Jin Soo atau Jin Soo seorang penyanyi dan juga pengubah lagu. Tatkala ini, Doo aktif mempromosikan HoonDoo dan bergelar guru vokal kepada beberapa bintang KPOP. Manakala, Lee Seung Hoon atau Hoon merupakan lulusan muzik dan vokal serta bekerjaya sebagai penyanyi opera dan banyak persembahan pentas. Dalam kumpulan Paradise, Hoon debut sebagai ketua dan sangat sibuk menjalankan aktiviti muzik klasikal dan muzik pop.  

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini