NEGARAKU Bunyi Malaysia, Hoon Doo Nafi Guna Populariti Artis Malaysia Terutama Sekali Aina Abdul Untuk Pikat Melayu!

4 of 4Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

“Kami memang dari kumpulan Paradise. Sekarang ini, kami sibuk dengan aktiviti bersama Hoon Doo. Hoon aktif sebagai ketua, vokal klasik dan saya pula bertanggungjawab dalam komentar kumpulan dan vokalis untuk pop. Ahli Paradise yang lain juga mula mengalami pengalaman dengan lagu POP Melayu menerusi kami. Mereka juga selalu humming lagu-lagu Melayu,” kata Doo.

Sementara itu, Hoon Doo yang lebih banyak memilih lagu dari penyanyi popular Malaysia dikatakan sengaja menumpang populariti penyanyi tersebut lebih-lebih lagi Aina Abdul yang sedang meningkat naik di Malaysia.


“Kami tidak pernah terfikir menumpang populariti penyanyi. Kami hanya memilih lagu popular dari penyanyi popular yang sememangnya tersenarai dalam carta muzik teratas di Malaysia.


“Pertama kali, kami cover lagu yang popular. Kami hanya tahu penyanyi Melayu dan lagu Melayu popular. Namun, kini, kami rasa mahu mengalami lebih pengalaman dalam lagu POP Melayu untuk jangka masa yang lama. Kami juga akan mempelajari bukan saya lagu dari penyanyi popular tetapi lagu terbaik dan artis berbakat besar dari Malaysia,”

Untuk mengetahui penjelasan lanjut hubungan mereka dengan Aina Abdul termasuklah perancangan mereka, jangan lupa entri selanjutnya yang pasti mendorong anda teruja tentang guru bahasa Melayu mereka.

4 of 4Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini