Ini Pelaris Fesyen Bintang Ternama Korea

Foto Ihsan Dgnak

Selain dikenali sebagai negara yang mengeluarkan produk kecantikan terbaik di Asia, Korea Selatan turut sinonim dengan fesyen yang gempak lagi trendy. Malah, ia dibuktikan lagi dengan kepelbagaian fesyen menarik yang menghiasi tubuh selebriti di Korea Selatan.

 

Bagi mengenal pasti daya tarikan sebenar dunia fesyen Korea, EH! KOREA BUZZ telah mendapatkan pandangan pereka fesyen terkenal iaitu Dong Jun Kang (Jun Kang) di bawah jenama fesyen D.GNAK yang banyak dipakai oleh bintang K-POP seperti Shinee, BTS, Super Junior, Monsta X, Winner dan K-Will termasuklah HAHA Running Man.

 

 

Jun Kang & VIXX – Foto Ihsan Dgnak

 

 

HMA: Apakah yang membuatkan fesyen Korea amat dikenali di seluruh Asia? Bolehkan anda beritahu kunci kejayaan tersebut?  

 

 

JUN KANG: Bagi pendapat saya, fesyen Korea mula dikenali di Asia apabila industri muzik terutama sekali bintang K-POP menyokong pereka fesyen tempatan dengan memakai rekaan kami dalam muzik video serta persembahan mereka. Malah, ia disusuli dengan program TV khas diterbitkan bagi mengenalkan fesyen Korea. Selain itu, faktor kejayaan fesyen Korea menjadi ikutan kerana rekaan yang diinspirasikan dari keunikan budaya Korea sendiri.

 

 

VIXX & Jun Kang- Foto Ihsan Dgnak

 

 

HMA: Bagaimana penggemar fesyen antarabangsa boleh mengenal pasti dan menilai bahawa rekaan tersebut 100% dari Korea?


JUN KANG: Agak sukar sekali untuk mengenal pasti rekaan tersebut dari Korea atau Made In Korea. Ini kerana, kami juga menjadikan rekaan dari barat sebagai sumber inspirasi kami. Bagaimanapun, kami boleh berbangga dengan rekaan Hanbok yang mana ia 100% dari kami. Untuk pengetahuan semua, pereka fesyen Korea ke semuanya berpusat di Seoul, Korea Selatan. Di sinilah anda semua boleh dapatkan rekaan Made In Korea!

 

 

Monsta X & Jun Kang – Foto Ihsan Dgnak

 

 

HMA: Sebagai pereka fesyen terkenal di Korea, Adakah anda ada membuat rujukan setiap kali menghasilkan produk baru?

 

JUN KANG: Saya tidak mempunyai rujukan khusus yang tetap. Pada kebiasaannya, rekaan saya lebih diinspirasikan ke arah kehidupan seharian. Atau lebih tepat lagi apabila hati saya merasakan ia amat perlu diterbitkan, jadi saya akan mula membuat kajian dan mengolah rekaan saya.

 

 

Super Junior Hee Chul- Foto Ihsan Dgnak

 

 

HMA: Bolehkah anda menjelaskan bagaimana industri fesyen di Korea? Adakah sangat berdaya saing atau sebaliknya?

 

JUN KANG: Saya boleh katakan, industri fesyen di Korea ibarat satu peperangan besar dan begitu berdaya saing antara satu sama lain. Dalam masa sehari saja, terlalu banyak rekaan baru dilancarkan. Banyak pereka fesyen di sini terpaksa meletakkan harga yang rendah untuk menarik lebih banyak pelanggan membeli. Apapun, inilah realiti dunia fesyen Korea. Bagi saya, peperangan fesyen ini membuatkan industri fesyen di sini bertambah rumit. Mereka sepatutnya lebih mementingkan kualiti rekaan berbanding harga.

 

 

K.Will, Haha & Winner- Foto Ihsan Dgnak

 

HMA: Sila jelaskan perbezaan Fesyen Korea dan Model Korea dengan fesyen serta model di Asia?


JUN KANG: Saya tidak tahu perbezaan yang ketara. Apa yang saya tahu, bekerja sama dengan pereka fesyen Korea dan model Korea lebih mudah. Mereka lebih profesional. Malah, saya lebih kenal corak kerja mereka. Namun, saya tidaklah mengatakan fesyen dan model luar tidak bagus. Setiap negara ada daya tarikan dan keaslian tersendiri.

 

 

Jimin BTS & Bum Key SHINEE – Foto Ihsan Dgnak

 

 

HMA: Adakah benar, bintang K-POP lebih membantu industri fesyen berbanding pelakon di Korea? Jika benar siapakah bintang tersebut?

 

 

JUN KANG: Bintang K-POP lebih aktif dan bertenaga dalam fesyen yang ditampilkan berbanding pelakon di Korea. Bintang K-POP juga tahu ekspresi rekaan tersebut dengan gaya dan lagak mereka, tatkala di atas pentas atau pun tidak. Malah, apabila mereka menggayakan fesyen terbaru, ramai orang mahu tahu tentang rekaan berkenaan. Sudah tentu bintang K-POP, G-Dragon dari Big Bang adalah sumber inspirasi dan ikon fesyen terbaik di Korea. Malah, beliau juga mengangkat fesyen Korea ke arah yang lebih tinggi dan komersil.

 

 

Monsta X- Foto Ihsan Dgnak

 

HMA: Siapa lebih gemar fesyen, Lelaki atau Wanita Korea?


JUN KANG: Mengikut tradisi, wanita Korea memang gila fesyen. Bagaimanapun, ia sudah berubah mengikut trend terkini, lelaki lebih gemar berfesyen dan mereka lebih mengambil berat tentang fesyen yang dipakai. Ia bertumbuh bagai cendawan.

 

 

Foto Ihsan Dgnak

 

HMA: Kenapa rekaan di Korea lebih kepada rekaan Unisex? Adakah ia disebabkan bentuk tubuh badan lelaki dan wanita di Korea seakan sama?

 

 

Foto Ihsan Dgnak

JUN KANG: Saya tidak tahu puncanya. Bagaimanapun, sebagai pereka yang lebih cenderung mereka baju untuk lelaki, saya juga ada mengeluarkan rekaan untuk wanita juga. Ataupun seperti yang saya sudah katakan tadi, wanita lebih suka fesyen dan ianya membawa kebaikkan kepada pereka fesyen Korea. Ini juga antara faktor banyak rekaan Unisex.

Kongsikan artikel ini