Ini Syarat Wajib Untuk Jadi Artis K-POP!

Bukan mudah untuk bergelar bintang K-POP di Korea. Selagi tidak lengkap menjalani latihan yang diberikan, selagi itu individu berkenaan tidak boleh debut.

 

 

 

 

Apa yang pasti, artis K-POP dibawah label KIM & JUNG MUSIC iaitu IN & CHOO secara eksklusif mendedahkan syarat wajib untuk bergelar bintang K-POP mengikut trend terkini.

 

 

Choo & In sewaktu program Inkigayo- Foto koleksi IN&CHOO

 

IN & CHOO yang sebelum ini memulakan karier sebagai bintang K-POP bersama kumpulan VICTOR menyatakan bahawa saingan untuk menjadi bintang K-POP terlalu sengit sehingga sukar untuk mentafsirkan kriteria utama yang dicari.

 

Hakikatnya individu yang berminat untuk menyertai arena muzik Korea perlu ada tuah dan lebih kreatif.

 

Bagaimanapun, setiap syarikat hiburan di sini sudah mempunyai asas acuan yang sama dari segi saiz fizikal.

 

“Sebenarnya, saiz badan untuk jadi bintang K-POP ini amat berlainan berdasarkan kehendak dan keperluan syarikat. Tidak boleh terlalu rendah dan tidak boleh pula terlalu tinggi.

 

“Tapi pada kebiasaannya, syarat utama saiz K-POP Idol perlu mempunyai potongan badan yang slim. Tidak kira lelaki atau pun perempuan. Ketinggian menjadi kriteria yang kedua.

 

“Walaubagaimanapun, mengikut trend terkini, ketinggian menjadi syarat utama bersandarkan konsep yang diletakan pada kumpulan tertentu. Setengah kumpulan memerlukan ahli kumpulan setinggi 180cm dan ada juga sekitar 170cm,” kata IN yang merupakan abang kembar kepada Choo.

 

 

Bobby & Seol Hyun – Foto Naver

“Ketinggian ini juga diletakkan pada kumpulan wanita. Namun, kebiasaanya, ketinggian kumpulan wanita antara 150~165cm atau 165~ 175cm. Tertakluk pada imej kumpulan itu.

 

“Sebagai contoh, untuk kumpulan yang berkonsepkan seksi, ahli kumpulan perlu tinggi manakala kumpulan yang berkonsepkan cute lebih tertumpu kepada ahli kumpulan yang rendah.

 

“Untuk lebih jelas, Bobby iKON dan Seol Hyun AOA antara Idol baru yang lengkap dari segi bakat dan fizikal,” ujar Choo.

 

Dalam pada itu, IN menegaskan 5 kriteria utama untuk menjadi bintang K-POP bagi orang Korea adalah imej individu tapi bukan rupa paras, latar belakang menarik, pandai menari dan menyanyi serta personaliti mempersona.

 

Kongsikan artikel ini