Terima Ugutan Kerana Daud Kim Popular, Mia Lee Masih Belum Buat Keputusan Ikut Suami Menetap Di Malaysia!

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Julai depan, isteri kepada Daud Kim iaitu Mia Lee bakal melahirkan seorang lagi putera hasil perkahwinan mereka yang pernah retak dan kini kembali bertaut. Malah, Mia Lee yang berehat seketika dari dunia peragaan masih belum ada kata putus mengenai hasrat suaminya yang mahu menetap di Malaysia gara-gara kecewa dengan segelintir pihak yang tidak mahu menerima anak sulungnya bersekolah kerana kontroversi panas yang melibatkan Daud Kim.


“Saya tahu tentang hasrat suami saya yang nak tinggal di Malaysia atau pun Indonesia. Saya masih tidak tahu lagi nak ikut atau pun tidak. Secara jujur, saya lebih selesa menetap di Korea kerana saya orang Korea. Saya belum ubah fikiran lagi.



“Mengandung anak sulung dan anak kedua ini tiada bezanya. Rasa sama saja. Saya sayang kedua-duanya,” kata Mia.

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini