Jatuh Cinta Sama Malaysia, Hope Dedah 7 Salah Faham Tentang Lelaki Korea. Rupanya Mereka…

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Foto: MYS STUDIO
Makeup: Qif Alvarez
Busana: Fauzan Latib

KUALA LUMPUR, 25 JULAI 2024: Yoon So-mang, seorang pelakon muzikal dari Korea Selatan, kini menarik perhatian di Malaysia. Dalam satu temubual eksklusif bersama Korea Buzz, beliau berkongsi perjalanan hidup dan pengalamannya sebagai pelakon yang pernah beraksi di Korea dan Australia.

Yoon So-mang, 33 tahun, atau nama panggilan Hope telah tinggal di Australia selama lima tahun sebelum menetap di Malaysia. Beliau aktif dalam bidang lakonan teater dan muzikal di Australia sebelum membuat keputusan untuk berpindah ke Malaysia.

Nama Yoon So-mang sering disalahertikan sebagai nama perempuan di Korea. Ketika mula memasuki universiti, Cyworld sangat popular di Korea, bukan Instagram. “Kisah paling menarik ialah apabila seorang senior lelaki di universiti saya mengikuti saya kerana menyangka saya junior perempuan, tetapi terus berhenti mengikuti saya selepas melihat gambar saya,” jelas Yoon sambil tertawa.

Yoon memilih nama “Hope” kerana beliau ingin menjadi harapan kepada seseorang. “Inspirasi ini datang daripada keinginan untuk membawa kegembiraan dan harapan kepada orang lain,” katanya.

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini