Nafi Mirip Aktor Korea, Jom Thanathorn Tak Takut Berubah Songsang Seperti Dalam Drama BL

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Melihat penampilan dan wajah figura Korea Buzz edisi Jun 2021, ramai menyangka dia adalah jejaka kelahiran Korea. Ini semua gara-garanya wajahnya yang mirip dengan aktor Korea. Bagaimanapun, buat julung kalinya, penghias muka depan Korea Buzz menampilkan selebriti dari Thailand iaitu Jom Thanathorn sebagai muka depan bulan Jun 2021.

Mendekati bakat baru yang menjadi hero utama drama berkonsepkan BL atau Boy Love berjudul Nitiman, ramai tidak menyangka pemilik nama Jom Thanathorn Khuankaew baru saja berusia 21 tahun yang mana dia dilahirkan pada 21 Mac 2000. Sebelum muncul sebagai hero utama Nitiman, dia pernah menjadi pelakon sampingan untuk drama Tonhon Chonlatee pada 2020.

JOMM
JOMM3
JOMM2
JOMM1
previous arrow
next arrow
JOMM
JOMM3
JOMM2
JOMM1
previous arrow
next arrow

Jom mula mendapat perhatian apabila penggemar aktor Korea dan KPOP menyangka dia adalah artis Korea. Menjelaskan mengenai pandangan tersebut, jejaka yang diuruskan oleh Gravity Entertainment terkejut dan hanya mampu tersenyum.

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini