Use your ← → (arrow) keys to browse
Menyentuh mengenai fizikalnya yang mempunyai ketulan otot perut atau choco abs, Joon Kyo tergelak sambil menjelaskan apa yang dilakukannya untuk mendapatkan badan seperti ini.
“Kebanyakkan pekerja pejabat pulang ke rumah selepas tamat kerja. Kemudian bagi awal pagi itu tidak seronoak. Namun, dalam hidup sosial, kita perlu hidup demi melengkapkan tanggungjawab. Begitulah juga dengan badan kita.
“Sekiranya saya mahu badan seksi dan menarik, anda tidak boleh putus asa. Ada kalanya, anda akan rasa untuk tidak melakukan tetapi dengan meneruskan senaman dan makan, anda boleh melihat perubahan otot anda.
Menyedari setiap hari ada saja berita tentang artis popular Korea terlibat dengan kes buli dan seks, Joon Kyo tidaklah mahu menuduh sebaliknya memberitahu selebriti terlibat turut menjadi mangsa selepas popular.
“Benarkah kes buli semakin berat di Korea. Tidakkah anda mempunyai pengalaman buli di waktu sekolah? Jika anda kata tentang kes buli sekolah, mungkin ia memang berat.
“Kes ini memang sangat sensitif sejak kebelakangan ini. Kepada mereka yang mengalaminya sudah pasti hidup trauma. Ia sangat menyakitkan. Sudah pasti, buli adalah tidak elok dan jenayah.
“Bagaimanapun, kes yang melibatkan selebriti Korea ini tidak semuanya betul. Ada juga kes yang tidak betul. Ada segelintir pihak sengaja menuduh artis berkenaan kerana cemburu dengan populariti yang dikecapi seleb berkenaan.
“Membuli itu salah dan menuduh tanpa bukti juga salah. Sewaktu saya di sekolah, saya suka mengacau dan buat prank. Waktu itu, saya masih lagi belum matang. Bila melihat kontroversi yang digembar-gemburkan itu, saya sendiri ada ketika rasa lucu kerana mungkin yang berlaku kepada artis tersebut hanya bermula dari usikan saja. Sama seperti saya dulu.
Untuk mendapatkan tips lebih tentang kesihatan fizikal serta mengetahui selebriti Korea yang paling cantik bentuk tubuh, jangan lupa bersama Joon Kyo untuk sorotan selanjutnya.