Tak Mati Dek Keji, Justin Dedah Musuh Sebalik Selimut Yang Dengki Dirinya Wakil Malaysia !

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Foto: MYS STUDIO
Underwear: Anas Abdullah
Concept: Hyunmin-A

Figura Korea Buzz edisi Februari 2022, Justin Ho atau nama sebenarnya Ho Keat Jin ternyata tidak dapat menyorokkan perasan gembira apabila pada 1 Februari bersempena sambutan tahun baru cina, namanya diumumkan sebagai juara Altitude World Supermodel Malaysia 21/22.

Kemenangan Justin sekaligus meletakan beliau sebagai juara sulung dari Malaysia walaupun di peringkat global sudah masuk ke musim yang ketiga. Oleh itu, Justin menjadi lelaki Malaysia yang pertama bakal merebut gelaran Altitude World Supermodel Global yang ditunda sekali lagi ke penghunjung Mei 2022.

“Saya berasa sangat teruja. Saya juga tidak sabar lagi untuk mewakili Malaysia dan mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa,” ujar Justin yang kini penuntut tahun akhir sebuah Kolej tempatan.

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse