Tak Mati Dek Keji, Justin Dedah Musuh Sebalik Selimut Yang Dengki Dirinya Wakil Malaysia !

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse


Walaupun AWSM Malaysia hanya mengumumkan juara terlebih dulu dari keputusan yang lain, Justin tidak dapat mengelak dari peribahasa rumah dah siap tapi pahat masih berbunyi. Pun begitu, ini reaksi Justin apabila mengetahui ada yang memusuhi dan mencemburuinya sepanjang pertandingan.


“Tak hidup dek puji, tak mati dek keji. Saya tidak rasa apa-apa apabila dapat tahu ada yang kurang senang atau cemburu dengan kemenangan saya. Apa yang saya buat hanya terus pandang ke depan mencapai kejayaan.

“Melihat kesemua wakil dari luar negara, saya memang perlu banyak membuat persediaan. Tapi paling utama saya akan fokus dengan tubuh badan saya. Untuk peringkat global nanti, saya mengharapkan lebih banyak pengalaman. Kalau boleh, saya tidak mahu pulang dengan tangan kosong dan boleh menang wang yang dipertandingkan,” ujarnya yang mengharapkan sokongan dari semua rakyat Malaysia.



Jangan lupa dapatkan pengakuan eksklusif Justin tentang skandal dan isu yang berkaitan cinta dalam entri akan datang. Pasti anda terkejut.

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini