KROUD Luah Keperitan Kerjaya DJ Tatkala Covid-19 Melanda Korea & China!

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Figura Korea Buzz edisi April 2021 menampilkan jejaka kacak yang pakar dalam bidang muzik iaitu Oh Gi Seok. Bagaimanapun, dia yang dilahirkan pada 27 Februari 1995 lebih dikenali sebagai KROUD dalam kerjayanya bergelar DJ.

Menjadikan hobi DJ sebagai kerjaya, KROUD yang suka mencari muzik baru dan mendengarnya kini sedang menetap di China. Malah, dia sudah pun menjadi residen DJ di Xian China sejak Disember 2020.

Bagaimanapun, dia yang masih solo dan tidak mempunyai teman wanita mengakui kerjaya semakin perlahan kerana pademik COVID-19 dan dia kini hanya DJ jemputan saja.

“Kenapa KROUD? Sebenarnya asal nama saya dari perkataan PROUD yang bererti kebanggaan. Dalam erti kata lain, saya tidak malu untuk memperkenalkan muzik saya.



“Saya tukar pangkal huruf PROUD kepada K yang diambil dari huruf pertama nama saya Kiseok. Jadi, itulah asal nama saya.

“Corona kacau kerja saya? Pertama sekali, apa yang saya boleh katakana, banyak kelab di Korea dan China telah pun tutup. Jadi, sudah terang lagi bersuluh, kerja pun terjejas kerana saya tidak boleh melakukan aktiviti seperti biasa,” jelasnya.

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini