Use your ← → (arrow) keys to browse
Dalam pada itu, Daud atau nama sebenarnya Kim Jae Han tidak berselindung terhadap cabarannya sebagai bapa dan suami terhadap keluarga yang baru saja memeluk Islam.
“Memang sukar untuk menukar habit dan budaya Korea. Ia sangat susah sehingga melibatkan masalah kewangan. Segalanya sukar termasuklah makanan, tingkah laku dah hubungan persahabatan. Tiada yang mudah namun Allah banyak membantu saya.
Sementara itu, Daud secara jujur tidak pernah kesal dengan status dirinya sebagai youtuber mualaf di Korea. Malah, dia juga tidak bosan tetapi mahu terus menjadi insan yang menyebarkan Islam.
“Saya rasa sudah lebih setahun saya fokus 100% sebagai youtuber. Bagaimanapun, youtube bukan segalanya bagi saya. Walaupun mungkin saya berundur diri dari Youtube, saya akan tetap memainkan peranan dan menyebarkan Islam di Korea. Saya rasa, saya masih perlu banyak lagi belajar. Belajar lebih keras dan mendalam tentang Islam.
“Cabaran paling ketara dalam menjadi Youtuber sudah semestinya saya kena menghadap pelbagai komen dan fintnah dari penonton yang tidak dikenali. Bagaimanapun, saya menjadi kuat kerana Allah melindung saya,” jelasnya lagi.