Use your ← → (arrow) keys to browse
Menyentuh mengenai impian selepas menjadi muslim yang sah, Daud ternyata mahu fokus pada satu saja. Pun begitu, dia amat terkejut mendengar cerita apabila ada segelintir lelaki Korea yang berminat terhadap Islam kerana poligami.
“Impian saya hanya satu. Saya mahu ke syurga bersama keluarga saya. Itu saja sasaran saya.
“Masuk Islam sebab nak isteri empat? Itu perkara yang tidak bagus dan pelik. Kalau benar nak kahwin lebih dari satu, anda perlulah bersikap adil dengan semua. Kalau tidak boleh bersikap sebegitu, jadi lupakan saja hasrat untuk berpoligami.
“Ini perkara yang amat sukar dilaksanakan. Saya sendiri tidak berminat atau berhasrat untuk kahwin lain. Cukuplah satu. Kerana saya bahagia bersama Mia, Jason dan InsyaAllah, seorang lagi Putera akan lahir,” katanya.
Apa yang pasti, Daud tidak lokek berkongsi kehidupannya bukan saja di laman youtube tetapi dalam temu bual eksklusif bersama sidang redaksi Korea Buzz. Kalau nak tahu, jangan lupa nantikan susulan dari temu bual ini.