Figura Korea Buzz edisi Mei 2022, Jang Min Ho berasal dari Mokpo, Jeoolanam-Do, Korea. Selepas berhijrah ke Malaysia hampir empat bulan, Minho yang kini bertugas sebagai pegawai khidmat pelanggan nekad datang ke Kuala Lumpur demi mempelajari bahasa Melayu.
Malah, dia yang kini sudah bergelar pelakon dan penyanyi di Malaysia berasa teruja dan gembira kerana niatnya untuk menjadi pelakon sudah tercapai. Walau bagaimanapun, Minho masih lagi mencari tapak yang kukuh selepas menjadi artis dibawah naungan HAE.
“Sebenarnya, saya masih belum masih bahasa Melayu. Pada mulanya saya hanya belajar asas saja kemudian saya berlatih dan memberanikan diri bercakap dengan orang Malaysia yang saya jumpa di tepi jalan,” katanya.