Pernah Berlakon Bersama Hanbyul, Minho Dedah Selebriti Malaysia Tercantik & Terkacak Mengikut Pandangan Orang Korea !

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse


Menyentuh mengenai muzik, Minho juga sangat minat dalam bidang nyanyian. Malah, dia juga terharu kerana diberi peluang bersama D’handsome untuk merakam lagu raya baru berjudul Joget Seloka Raya ciptaan sepenuhnya oleh Hyunmin-A. Lebih menarik lagi, Minho juga sangat minat dalam irama Malaysia.

“Pertama kali dengar lagu Cindai dari Siti Nurhaliza, saya sudah suka dengan lagunya. Malah, saya juga mempelajari lirik dan bahasa lagu berkenaan. Ia juga senang diingat. Paling syok, saya rasa lagu berkenaan sangat dekat dengan Malaysia,” ujarnya.

Dalam pada itu, Minho yang pernah melancong ke Indonesia, Thailand dan Laos tidak menghadapi masalah tentang perbezaan budaya Malaysia dan Indonesia yang seakan sama.

“Bahasa Malaysia dan Indonesia seakan sama. Ia amat sukar juga kerana perbezaannya juga amat besar walaupun perkataannya sama. Sebelum ini, saya ada bercakap dengan kawan Indonesia yang datang ke Malaysia. Waktu itu, saya pertama kali cakap dalam bahasa Melayu.

“Lepas berborak dengannya, baru saya tahu perbezaan sebenar. Mulanya sangat sukar untuk memahami. Oleh itu, saya pun bercakap dalam dialek Indonesia pula,” jelasnya.

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini