Wajah Seiras Roy Kim, Minho Taksubkan Aaron Aziz Tapi Terkebil Jumpa Rosyam Noor & Azwan Ali

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Foto: Izzue Malique Photography
Pakaian: Izzue Malique

Model dan juga pelakon baru dari Korea yang fasih berbahasa Melayu, Jang Minho ternyata berasa bertuah kerana dapat berjumpa dengan bintang ternama Malaysia. Malah, dia yang banyak berkaraktor seperti Aaron Aziz masih pasang niat untuk bersemuka dengan hero pujaan ramai itu.


“Saya sangat minat dengan Aaron Aziz. Saya rasa dia real Malaysian Actor. Walaupun saya masih belum berjumpa beliau secara dekat, tapi saya banyak menonton filem lakonan Aaron seperti KL Gangster, Ombak Rindu, Kerat 14 dan banyak lagi.

“Saya rasa saya mempunyai persamaan banyak dengan dia, dan semua lakonannya juga dekat dihati saya. Saya rasa banyak kelebihan yang ada pada Aaron Aziz. Antara dia mempunyai susuk tubuh jantan sebenar. Ketangkasan dia melakokan aksi ganas sangat menjadi.

“Semua baju kena dengan dia. Saya rasa dia juga bagus dalam nyanyian. Walaupun dia sangat sibuk, tapi dia tetap meluangkan masa untuk anak dan isterinya. Disebabkan dia terlalu kacak, dia sangat segak memakai semua gaya fesyen,” jelasnya.

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini